Thursday, 13 February 2014

Majlis Perpisahan


dalam dewan kelmarin. majlis perpisahan pengetua, Cikgu Mat Usop and Teacher Rohaida. 


sikit pun takda muka sedih. haha jahat punya anak murid. 

lama sangat dalam dewan, kebas punggung den. lepastu keluar tawaf sekolah :D



dalam tandas pun bolehh -..-

lepas tawaf masuk dewan balik. bergambar dengan cikgu-cikgu. okeyyy drama sedih sebabak :'(

with Cikgu Mat Usop :')

Ayaa with Pengetua. wakaka


idea mana idea. hmm baiii

SEKOLAH ^^




Ni gambar masa merentas desa. dengan penuh semangatnya saya belari. hik huk hik huk. dan akhirnyaaaa, tak dapat nombor :3. 
semua muka penat, haha. Makan-makan dalam kelas kawan (tudung oren, sebelah budak pakai tudung sekolah). biela, adakah itu senyuman bahagia dalam kepenatan?

lepas makan terus ke dewan. Cikgu umumkan rumah sukan yang mana menang. k, rumah sukan saya kalah :(








yang atas tu masa ambil duit RM100 tu. tak tahu la apa nama bantuan ni. huhu
ibu bapa je yang terlibat. kitorang duduk dalam surau, ade ceramah. tapi form1 and form2 je laa.


-no idea to write entry. kboii-

ASRAMA


2014? Sekolah? Asrama? hm :/
Okey tahun ni bermulalahhh cerita di asrama :3

First day kat hostel memang rasa nak nangis pun ada. yelah, bukan kenal sesiapa pun kan. duduk atas katil je. rasa menyesal masuk asrama pun ada :' sebenarnya malu nak bercakap and tak tahu nak cakap apa.

tapi 3 hari je laa macam tu. lepas tu dah okey, dah selesa dengan tempat baru and dah rapat dengan roommate. 






Balik rumah wa semakin gemokkk. 5 kali sehari makan, tambah lagi makan masa study, makan tengah malam. kalau kat rumah makan 3 kali sehari tu kira banyak sangat dah tu.

kalau balik, wajib jumpa sweet heart intan payung kita. 

Nur Aleesya Syaffiya :*

Shin Chan. haha

belakang tu mak saudara. baby cute miut tiut tu cousin, adnin

budak lelaki tu adik. yang pakai tudung pun adik :)

siniii sajaa. bhaiii

Monday, 16 December 2013

last day at the school :')


last day sekolah, perghh! bosan gila. nak baca novel, kelas bising pulak. dengan panasnya lagi. rasa macam nak balik pun ada. kitorang datang pun sebab nak main tepung. hehe
lepas rehat, kitorang sibuk bergambar. buat kenangan katakann... dah ada tenaga baru ada mood nak bergambar. tadi lapar, tak bertenaga. nak senyum pun kena guna tenaga tau! barulah cun!

Tengok kelas aku tu! sapa entah yang hati busuk sangat. dulu kelas aku tak macam ni. comel je. tapi tengok lah sekarang, huhh

haa, ni laa girlfriend² aku. cari mana aku? *tak nak cari sudah :3

yang sebelah aku tu ira. bila ada masalah, suka share dengan dia. dia memang matured, tapiiiiii ,,,, bila perangai gila² dia keluar, semua terkejut tengok. bila dia buat muka, masuk MLM boleh menang.

ni sebelum rehat. bosan yang amat masa tu. tengok muka aku pun bosan -.-

ni lepas rehat. tengok muka kami, ceria semacam je. haruslah ceria, tangki perut dah penuh.. *gosok perut

aku yang kat atas kerusi tu. macam orang tua pulak. (candid)

Aaaaaa! saya nak kena tembak!!

masa ni, kelas aku HANCUR. botol air tu cantik, banyak berjasa dengan I tu. thanks Abang Syafiq  ;)

kitorang ni, kalau bergambar macam wajib je buat peace 

korang rasalah kan, boleh tak korang belajar dengan keadaan kelas yang macam baru lepas kena gempa bumi ni?
siapa yang hancur kelas saya ni? meh datang sini cepat! 

kerja kitorang gelak,ketawa. hahahaha!

muka aku dah macam mak cik je aku tengok -.-

tu bestie merangkap jiran setia aku. haha




balik sekolah, kena bersih kelas. sebenarnya kitorang malas nak bersih. tapi terpaksa sebab dipaksa dengan Pak Guard -.- macam mana nak rajin, dah laa tengah eshetett nak main tepung, penyapu pulak hilang. terpaksalah pinjam dengan kelas lain. dapat pulak yang batang penyapu tu dah patah. terpaksa laa kitorang bongkok² macam nenek kebayan.



Kitorang selalu gurau macam adik-beradik, bagi nasihat each other macam seorang ibu nasihatkan anak dia, study sama², sokong each other, tolong bila ada masalah, tegur bila salah, cerita masalah sama, buat tu, buat ni pun sama². 

Korangg! gua rindu gila tahap kronik dah dekat korang. lama tak bergurau, bergosip, share makanan, buat tu, buat ni sama². Mahunya tak rindu, lama gila kot tak jumpa.
walaupun tak jumpa, kitorang selalu sembang dekat group di ws. tu pun 4 orang je ahli dalam group tu :/

Ilyani,sorry tak reply message mu. dah 3minggu 4hari aku tak ada kredit. hari tu pergi beli top up, tersalah tulis nombor pulak. bukan nak sombong dengan mu. kalau aku dah beli top up nanti kita message kay?

Last day with Cikgu Tiera

Cikgu Tiera ni cikgu practical kat sekolah aku. dia mengajar aku subject sivik dan kewarganegaraan. best dia mengajar. senang nak ingat. dah laa baik, sporting pulak tu. Cikgu Tiera ni pernah ikut aku hang out tau.
Dengan Cikgu Tiera, kitorang selesa nak cerita masalah ke, bergurau ke. Masa hang out hari tu, kitorang share macam² dengan cikgu. masalah classmate aku, cerita pasal ni, cerita pasal tu. Masa hang out haritu, kitorang dapat kenal each other. (hang out with Cikgu Tiera)
Kadang², bila bercakap dengan Cikgu Tiera, rasa macam cakap dengan kakak. 
Cikgu ada bagi kad dekat kelas² yang dia mengajar. Tak silap aku, dia mengajar tiga buah kelas. dua kelas form 4 and kelas aku.
 

haa, yang tu laa Cikgu Tiera. Yang tutup mulut tu nama dia alya, sebelah kanan cikgu pula nabila, atikah, aku, ilyani and syikin. 
aku kecik? hm, tak tau dah ceq nak makan apa. btw, Cikgu Tiera tu comel kan? 


Kitorang ni memang manja dengan cikgu tiera. hehe

 Siap buat peace lagi cikgu. sporting kan? 

Thanks cikgu untuk semua jasa yang cikgu berikan, sabar mengajar kelas kami yang terlebih aktif ni, sabar layan kerenah kami, sabar bila kami bising dalam kelas, sabar bila ada yang tidur dalam kelas, sabar bila kami jawab soalan cikgu dengan jawapan yang tak munasabah. thanks for everything. you are the best. I miss you so much.  :') 



Wednesday, 4 December 2013

Bukit Gambang Water Park

Sekarang selalu takde masa nak menulis , menaip , mencoret dan segala 'me' yang sewaktu dengannya :( . sebenarnya banyak cerita nak share kat korang . cerita pasal aku pergi holiday , last day dengan cikgu tira and last day kat sekolah . 
Takpeee . Malam ni aku cerita semua tu . Tapi kalau sempat laa ><
First skali nak cerita mase aku and family aku pergi bercuti di Bukit Gambang Water Park . Dah tiga kali aku pergi sana . Tak bosan sikit pun dengan tempat tu , suka lagi ada . winkwink ^^
malam pertama kami bermalam di Naza Homestay. 

okey nak cerita sikit pasal rumah ni ......

Homestay Semi-D corner lot bersuasanakan pesona Inggeris. Ianya luas dan selesa untuk percutian keluarga. Rumah ni ada tiga buah bilik iaitu bilik utama , yang dilengkapi Katil Queen+ billik air+ aircond + kipas . Bilik kedua pula Katil Queen + kipas . Manakala bilik ketiga terdapat Katil Single 2 set + kipas . Untung laa kan sapa yang dapat bilik utama tu . tapi tapi tapi ! bilik kedua and ketiga pun best dan selesa .
Dapur dia pulak , dah lengkap alatan memasak dan peti ais . Ruang tamu dia memang selesa . kat ruang tamu tu ada sofa bed + tv astro + meja makan . 
Halaman rumah ada gazebo (pondok rehat) + tapak bbq . Tempat parking kereta pun boleh tahan luas . Lain-lain maklumat , klik sini . 

keesokan harinya baru kitorang pergi gambang . 




dua budak comel . Adnin dan Damia 






sebelum masuk dalam . budak-budak semua dah esheted nak mandi . aku pun sama :3

"Aaa sudah! Ikan nak muntah"

cocobeach* family aku suka sangat kat cocobeach ni . dah jatuh cintun agaknya diorang dengan cocobeach ni 




tak ramai sangat ni 

apa motif aku pose macam tu ? entah laa

candid ~

muka-muka happy datang sini :D  yang sorang tu tak tau kenapa monyok 

best sangat . kalau tak pernah bercuti kat sini , dipersilakan datang . 

Malam tu , kitorang menginap di hotel . Nama hotel tu ? Lahaii , lupa pulak dah :3
Keesokan hari , kami terus pulang ke terengganu . Tak boleh pisah lam-lama ngan ganu . Nanti rindu :*


#lain-lain cerit tu , aku cerita lain kali la eh ? tataa :)